Untukmu Wahai
Istri.....................
*Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam* RASULULLAH saw bersabda,
yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan
suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya
kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya
dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan
hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon
keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru,
apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk
dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat
serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang
kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman
dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari
mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk
selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa
kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumah tangga terletak pada akhlak dan budi pekerti
isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup
sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan
menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlomba-lomba untuk menjadi
seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat
kepada suami. Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh
memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya,
yaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di
langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan
mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat
kepada Dzat yang memiliki mu."
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat
kepada Dzat yang memiliki mu."
0 comments:
Post a Comment